Monday, 18 June 2012

Taklimat Praktikum GP Program Diploma SABK

Taklimat kepada guru pembimbing bagi sesi praktikum di atas akan di adakan pd hari khamis 21hb Jun 2012. Sila pastikan guru pembimbing anda hadir ke IPGKKB pada pagi hari tersebut. Jika tiada surat panggilan, sila hubungi Unit Praktikum - 09-7717700 sambungan : Unit Praktikum

Masalah ketiadaan soalan kerja kursus, modul dsbg dalam blog ini.

Banyak pertanyaan dikemukakan, mengapa bukan semua soalan kerja kursus di muatkan di sini. Begitu juga, bukan semua modul ada di sini.

Jawapan :

Blog ini disediakan untuk memudahkan pensyarah mengirimkan apa-apa bahan samada soalan kerja kursus, modul, nota, pesanan, surat dan sebagainya. Mesyuarat telah memutuskan bahawa para pensyarah boleh menghubungi admin untuk memasukkan bahan-bahan sedemikian jika mereka berhasrat berbuat demikian.

Oleh itu, jika bahan-bahan sedemikian tiada di sini, sila tanya pensyarah berkenaan. Mungkin beliau tidak berhasrat menggunakan medium ini untuk menyampaikan maklumat. Admin hanya menerima dan menguruskan jika ada permintaan untuk memasukkan bahan. Itu sahaja. TQ


Wednesday, 6 June 2012

Kerja Kursus Minor al-Quran j-QAF Ambilan 2012

Soalan KKP Minor Quran. Sila Klik di sini untuk download. Anda tidak dapat download bahan ini jika menggunakan internet di sekolah, IPG dan lain-lain yang bersumberkan Kementerian Pelajaran kerana laman web ZIDDU merupakan salah satu web yang di halang oleh Kementierian Pelajaran. Terima Kasih.

Saturday, 18 February 2012

PRAKTIKUM J-QAF

Assalamualaikum. wr. wbt.

Salam sejahtera kepada semua guru pelatih j-QAF yang sedang melalui sesi praktikum. Di sini suka saya memperbaharui ingatan yang sentiasa timbul setiap kali sesi ini berlangsung.

Sukacita diingatkan bahawa setiap guru pelatih perlu diselia mengikut bilangan yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan. Guru pelatih perlu berusaha "memberi ruang" secukupnya kepada pensyarah pembimbing untuk hadir menyelia. Berbagai-bagai alasan yang saudara/i berikan untuk mengelak diri atau melambat-lambatkan proses penyeliaan ini selesai akan menyukarkan guru pelatih sendiri akhirnya.

Alasan-alasan yang sering diberikan setiap tahun timbul pula untuk tahun ini. "Tuan, tak boleh datang sebab minggu ini minggu UBB" sedangkan kita tahu, bukan semua kelas menjalani UBB. "Tuan, minggu ini tak boleh menyelia kerana minggu ini sukan tahunan sekolah", sedangkan kita tahu sukan tahunan bukanlah mengambil masa sepanjang minggu, termasuk latihannya.

Kalau diikutkan peraturan, apabila penyelia hadir dan penyeliaan tidak dapat dijalankan, satu borang tertentu boleh ditulis dengan "AMARAN" pertama, kedua dan ketiga.

Sekian, semoga menjadi ingatan kepada semua guru pelatih. Ingat !, gejala ini adalah asam garam yang telah dilalui oleh penyelia setiap tahun, bukan perkara baru. Penyelia telah masak dengan liku-liku ini.

Tuesday, 31 January 2012

Senarai pelajar-pensyarah praktikum j-Qaf

Klik link ini untuk mengetahui pensyarah pembimbing anda. masukkan no kp anda di ruang ID dan PASSWORD, tanpa tanda sempang.Apa-apa masalah, sila rujuk unit praktikum, bukan JAPIM.