Saturday 16 July 2016

Taklimat Praktikum Sem 5 2016

Semua pelajar Sem. 5 diwajibkan hadir ke sesi taklimat praktikum JAPIM pada jam 11 pg di Dewan Mahpor Baba

Sunday 27 March 2016

Assalamualaiku.

Mohon copy picture 3 dokumen di bawah.

1. Surat kepada Guru Besar (Tuliskan nama jawatan dan nama sekolah terlebih dahulu. Serahkan kepada kerani untuk dicop dan direkodkan, kemudian serahkan kepada guru besar).

2.Senarai nama sekolah dan nama pelajar.

3. Atur cara program



Wednesday 28 October 2015

Assalamualaikum.

Semua pelajar KDPM SABK (Rendah) sila download Soalan Kerja Kursus P.Islam di link di bawah ini. Sila serahkan kerja kursus yg sudah siap dilaksanakan pada 10 Dec 2015 kepada Ust. Hj. Shaari Salleh. Sekiranya timbul sebarang masalah, sila hubungi Ust Hj. Shaari di talian 0179850636

https://www.dropbox.com/s/uqhlifvanp5cckn/JST%20sabk%20rendah.doc?dl=0

Tuesday 4 March 2014

TUTORIAL PRAKTIKUM GURU PELATIH j-Qaf 2014

Assalamualaikum. wr. wbt.

Link 1 : Surat Panggilan Tutorial Praktikum
Link 2 : Senarai Nama Dan Tempat Tutorial

Sukacita dimaklumkan bahawa tutorial praktikum di atas akan di jalankan pada 13 Mac 2014. Sila download surat dari Link1 dan Senarai Tempat Tutorial di Link2. Sila tuliskan tempat tutorial anda di dalam surat tersebut berdasarkan senarai nama yang telah di muat turun itu. Serahkan kepada kerani sekolah untuk direkodkan penerimaan seterusnya diserahkan pula kepada Tuan Guru Besar bersama-sama dengan halaman senarai nama yang terdapat nama anda untuk mendapatkan arahan lanjut serta keizinan meninggalkan sekolah pada hari tersebut. Jika terdapat sebarang kemunsykilan, sila hubungi Tutor anda atau Ust. Hj. Wan Anuar Yaacob di talian 013-9323442. Sila hadir mengikut ketetapan tempat tutorial sebagaimana yang telah ditetapkan. Permohonan mengubah tempat tutorial tidak dibenarkan. Sehingga kini ramai yang telefon bertanya utk mengubah tempat tutorial dgn alasan kediaman mereka lebih dekat dgn lokasi IPG dan sebagainya padahal arahan telah dikeluarkan bhw tiada permohonan dibuka utk mengubah tempat. Penempatan tutorial adalah atas kepentingan perkhidmatan. Diharap tiada lagi permohonan utk mengubah tempat. Tutorial ini hanya melibatkan pelajar DPLI j-Qaf IPGKKB yang menjalani praktikum di Kelantan sahaja. Jangan lupa untuk membawa bersama buku rancangan mengajar dan porfolio anda semasa menghadiri tutorial ini.Sekian. 

PEMBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEM. 7 P.ISLAM

Assalamualaikum. wr. wbt.

Surat Panggilan Pembentangan KT PISMP P.Islam 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pembentangan di atas akan di jalankan pada 16 Mac 2014. Sila download surat dari link di atas, tuliskan nama sekolah anda, serahkan kepada kerani sekolah untuk direkodkan penerimaan seterusnya diserahkan pula kepada Tuan Guru Besar untuk mendapatkan arahan lanjut serta keizinan meninggalkan sekolah pada hari tersebut. Sediakan slaid power point untuk pembentangan serta pastikan proposal penuh disiapkan dalam bentuk hardcopy dalam keadaan siap dibinding untuk diserahkan kepada penyelia masing-masing pada hari tersebut. Jika terdapat sebarang kemunsykilan, sila hubungi Ust. Dr. Mohd Shaarani Naim. Sekian.