Saturday, 18 February 2012

PRAKTIKUM J-QAF

Assalamualaikum. wr. wbt.

Salam sejahtera kepada semua guru pelatih j-QAF yang sedang melalui sesi praktikum. Di sini suka saya memperbaharui ingatan yang sentiasa timbul setiap kali sesi ini berlangsung.

Sukacita diingatkan bahawa setiap guru pelatih perlu diselia mengikut bilangan yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan. Guru pelatih perlu berusaha "memberi ruang" secukupnya kepada pensyarah pembimbing untuk hadir menyelia. Berbagai-bagai alasan yang saudara/i berikan untuk mengelak diri atau melambat-lambatkan proses penyeliaan ini selesai akan menyukarkan guru pelatih sendiri akhirnya.

Alasan-alasan yang sering diberikan setiap tahun timbul pula untuk tahun ini. "Tuan, tak boleh datang sebab minggu ini minggu UBB" sedangkan kita tahu, bukan semua kelas menjalani UBB. "Tuan, minggu ini tak boleh menyelia kerana minggu ini sukan tahunan sekolah", sedangkan kita tahu sukan tahunan bukanlah mengambil masa sepanjang minggu, termasuk latihannya.

Kalau diikutkan peraturan, apabila penyelia hadir dan penyeliaan tidak dapat dijalankan, satu borang tertentu boleh ditulis dengan "AMARAN" pertama, kedua dan ketiga.

Sekian, semoga menjadi ingatan kepada semua guru pelatih. Ingat !, gejala ini adalah asam garam yang telah dilalui oleh penyelia setiap tahun, bukan perkara baru. Penyelia telah masak dengan liku-liku ini.

Tuesday, 31 January 2012

Senarai pelajar-pensyarah praktikum j-Qaf

Klik link ini untuk mengetahui pensyarah pembimbing anda. masukkan no kp anda di ruang ID dan PASSWORD, tanpa tanda sempang.Apa-apa masalah, sila rujuk unit praktikum, bukan JAPIM.

Thursday, 29 December 2011

SELAMAT MEMULAKAN SESI PENGAJIAN 2012

Selamat meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah untuk siswa-siswi P.Islam dari program PPISMP.
Bagi siswa-siswi yang sudah berada di sem.3, selamat meneruskan pengajian ke sem. 4 .

Saturday, 12 November 2011

Sila ke link di bawah utk dptkan modul kursus j-QAF bagi interaksi nov/dec 2011 (Turn off pop-up blocker dalam komputer anda terlebih dahulu)

Download bahan-bahan berikut tidak dapat dilakukan jika menggunakan talian internet Kementerian Pelajaran Malaysia (Blocked). Sila gunakan kemudahan talian internet lain.

Surat panggilan Kursus (j-QAF, SABK,KDPM,PGSR) Sila serahkan kpd pejabat sekolah utk dicop/daftar sebelum diserahkan kpd Guru Besar.
B.Arab Major 3/3
P.Islam Major Unit 2 dan 3
P.Islam Minor
P. al-Quran
B.Arab Minor (Masih blm ada)

Jadual Kursus Nov-Dec 2011(j-QAF sahaja) Kelas akan bermula 20hb Nov 2011

IPG Sukan KPM bakal ubah senario sukan di sekolah

Utusan Malaysia Online - Sukan